Itu semua cerita lepas. saja nak ingat-ingat balik. sekarang dah hampir setahun aku meninggalkan malaysia dan berada di sini, jordan. Rindu? perasaan biasa. semua orang bisa rindu bila berada jauh dengan siapa yang disayanginya. aku jugak. walaupun dah lama berada di asrama, pelajari sedikit sebanyak mengikis rasa rindu yang menebal sentiasa bila lama tak pulang ke rumah, tapi bila berada di sini, ia seolah berlainan kerana aku tak boleh naik bas dan terus boleh sampai rumah. jarak yang sangat jauh buat perasaan rindu itu berbeda rupanya.
aku dah menghabiskan 3 sem semenjak berada di universiti yarmouk ni. berstatuskan pelajar bahasa dan sastera. sekarang aku sedang bercuti selama sebulan lebih sebelum kembali menjejakkan kaki masuk ke jamiah untuk tahun ke-2. sini bukan macam dekat malaysia. boleh kerja cari duit belanja sikit. sini susah berbuat demikian melainkan kalau kerja amal takde gaji atau upah, malah keluarkan duit sendiri. itu boleh, sangat mudah. duduk di rumah sehari-hari, masuk waktu, bersiap pergi ke masjid, ada waktu lapang pergi ziarah rumah kawan. otherwise, aku akan terbaring atas tilam, selongkar fon sampai kering, bukak laptop, tengok movie. banyak sangat buang masa. nak suruh baca buku memang payah la. tapi sejak akhir-akhir ni ada seorang yang datang memberi kesedaran dalam diri aku yang aku tak boleh jadi macam budak kecik yang terbaring ke sana sini berpenat dan kembali tidur. aku mula mengarang di blog walaupun pembacanya cuma aku seorang. aku tak berentri untuk mendapatkan pembaca. aku buat ini hanya untuk mengingatkan aku tentang hidup aku pada hari yang sebelumnya.
. . .
dalam sebulan lagi cukup setahun aku berada dekat irbid jordan. banyak benda yang aku belajar dari kehidupan dekat sini. selain belajar aku ada ikut serta menjadi coordinator malaysia syria sociey, persatuan yang membantu pelarian-pelarian syria yang tinggal dikawasan berdekatan dengan penempatan pelajar malaysia. sangat ramai. cuti summer yang agak lama ni aku habiskan sedikit dengan budak-budak dekat sekolah syria yang kami tubuhkan beberapa bulan lepas. aku selalu pergi waktu petang lepas kelas dorang dah habis. pergi sembang, main, tangkap gambar sekali. budak-budak ni suka sangat tangkap gambar. dalam fon gambar dorang lagi banyak dari gambar aku. aku pergi bukan sebab perlu, cuma kadang-kadang sunyi sangat duduk rumah ni. housemate yang lain semua dekat malaysia.
baru-baru ni aku dengan kawan coordinator yang lain plan untuk adakan majlis graduasi untuk budak-budak yang cemerlang sambil bawa dorang pergi main dekat themepark. nampak jelas wajah gembira seronok bahagia dorang berlari ke sana sini nak main itu ini. budak-budak. sambil aku terduduk di satu ruang, mengambil gambar wajah-wajah riang, aku teringat zaman budak aku yang kiranya tak seindah mereka. aku dulu tak pernah mendapat mainan, dibelikan mainan, dibawa bermain di taman tema, tidak tahu pun bagaimana rupa taman tema tersebut. aku dari keluarga yang susah dan sewaktu umur aku 6 tahun, aku sudah belajar untuk menerima kesusahan yang dihadapi keluarga lantas cuba membantu dengan tubuh aku yang kecil ni.
...
tahun 2000 :
"abah tak habis jual ke ikan-ikan ni?" abah aku dulunya bekerja jauh dari rumah. di tengah laut. di atas pelantar minyak, mencari rezeki untuk diberikan pada keluarga yang jauh di mata. tapi setelah lama kemudian, abah aku mengambil keputusan untuk berniaga. bermula dengan ikan masin di atas motor. satu hari aku bertanya soalan itu ketika abah aku sedang berehat setelah penat berniaga jauh. abah aku menjawab tak, masih berbaki banyak lagi. kemudiaannya aku bertekad untuk pergi menjualnya dari rumah ke rumah. bila aku cakap nak pergi jalan jual ikan masin tu, mak aku, aku tak ingat bagaimana reaksinya tapi selepas itu, dia pergi mengambil bakul dan mengisi ikan masin yang masih banyak satu persatu ke dalam bakul. aku kemudiannya berjalan ke luar bersama adik aku, helmi, yang waktu tu dia baru berumur 4 tahun. kami berjalan dari rumah ke rumah.
"assalamualaikum ! nak beli ikan masin tak ?" skrip yang sama kami ulang dari satu rumah ke satu rumah. perasaan malu tu takde sebab masih kecil aku rasa. setiap rumah yang kami pergi kebanyakkannya semua membeli. aku tak pasti mereka membeli kerana mereka nak makan atau kerana kasihan melihat 2 orang budak kecil sedang menjual. aku tidak kisah apa yang mereka fikir, yang penting ikan masin dalam bakul mesti kena habis. aku nak buat abah gembira. memandangkan kami duduk di taman, jadi rumah hanya sebelah menyebelah, tidak berjarak seperti di kampung tempat keluarga aku tinggal sekarang. bila dah habis kami kira duit walaupun taktahu mengiranya bagaimana tapi pada fikiran budak kecil tu, di tangannya ada banyak duit. bila pulang ke rumah, abah aku tersenyum melihat bakul yang kosong di tangan aku dan aku menyerahkan semua duit yang aku peroleh. kemudiannya abah memberi aku dan adik aku 50 sen sebagai upah aku menjual. aku tidak meminta pun upah sebelum aku menjual tapi aku gembira menerimanya. aku dengan adik aku terus pergi ke kedai membeli apa yang kami suka.
...
walaupun aku tahu budak-budak syria tu semua adalah pelarian dari sebuah negara yang berperang, menghadapi kesan trauma yang sedikit sebanyak menghantui jiwa dan fikiran mereka, terpaksa meninggalkan kehidupan mereka di sana dan datang ke sebuah negara dengan kekurangan pada segalanya, tapi aku masih merasakan zaman kanak-kanak mereka lebih indah berbanding aku. aku sudah berumur 20 tahun untuk 2014. aku dah semakin dewasa tapi deep inside dalam diri aku, aku sangat rindu pada si kecil yang menjual ikan masin. dia kuat saat dia belum faham erti hidup. bila aku berasa diri aku lemah, down, budak kecil tu buat aku kembali ingin jadi kuat. bagaimana tidak, dia sebelum kenal erti hidup sudah belajar untuk jadi kuat, kenapa aku sudah besar, mampu fahami hidup ini bagaimana tidak boleh bangun bila tersadung jatuh.
dalam kesunyian aku di sini, aku sebenarnya jauh di sudut hati, sedang merindui seseorang. seseorang yang jauh. yang bukan berasal dari keluarga aku. yang aku sendiri tidak tahu siapa gerangannya. seseorang yang akan merindui aku sama seperti aku merinduinya, entah siapa
dalam kesunyian aku di sini, aku sebenarnya jauh di sudut hati, sedang merindui seseorang. seseorang yang jauh. yang bukan berasal dari keluarga aku. yang aku sendiri tidak tahu siapa gerangannya. seseorang yang akan merindui aku sama seperti aku merinduinya, entah siapa
No comments:
Post a Comment