Kadang-kadang dalam hidup kita akan berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, di luar kotak pemikiran kita. dan perkara itu jika ia menggembirakan, maka senyuman bisa terukir dan kenangan manis sedikit telah tercipta. tapi andai perkara itu menyedihkan, menyakitkan, mendukacitakan, senyuman apa yang diharapkan dari yang mengalaminya dan kenangan apa yang hendak ditusukkan dalam jiwa dan raga.
Aku tidak langsung menyalahkan sesiapa dalam apa yang terjadi pada diri aku. bagi aku mungkin itu jalan takdir hidup yang terpaksa aku lalui. bukan secara rela dan bukan juga tidak sengaja. berlaku di luar pemahaman aku untuk apa perkara itu mesti terjadi sedang aku berusaha sedaya upaya mengekalkan dan menjaganya sebaik mungkin. ya mungkin keberadaan aku jauh membuatkan jarak itu menjadi ruang kosong yang mampu untuk sesiapa saja datang dan masuk tanpa aku sedar.
Aku mengetahuinya sebelum diceritakan menunjukkan betapa gerak hati aku yang tak seberapa ni betul jugak kadang-kadang. Saat aku betul-betul tahu dan yakin dan melihat kaitan-kaitan yang seakan jelas di mata aku, hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku tidak pernah merasakan satu perasaan yang teruk. luluh hati aku bila mengetahui apa yang berlaku di saat aku kejauhan. remuk hati aku bila aku tahu si pemandu kereta api telah pergi pergi meninggalkan aku sedang dia berjanji untuk tidak berjalan dulu.
Marah, sedih, sakit hati, geram, duka semua bercampur buat senyuman aku yang murah menjadi terlalu mahal untuk diterima oleh sesiapa pada malam itu. aku cuba melupakan masalah dengan cuba untuk terus tidur. tinggalkan semuanya di belakang. kembali mencari si kecil di dunia sana. minta diajarkan untuk kembali gagah berdiri sendiri. namun, aku tidak berjaya walau sekejap untuk lelap. aku ambil gitar kapok dan duduk di tepi tingkap, ku buka luas membiarkan angin malam menerpa masuk mengena wajah aku. aku kemudiaannya memetik gitar dan menyanyikan lagu sandiwara cinta yang seakan benar menceritakan seperti apa yang aku alami.
. . .
Jam menunjukkan telah lebih pukul 2 pagi. aku mengambil keputusan untuk berjalan di luar. ambil angin malam seorang diri tanpa ada sesiapa di jalanan. aku berjalan mencari ketenangan dalam diri. aku melepaskan segala yang terbuku dalam hati dan fikiran aku. aku marah. aku kecewa. sepanjang jalan aku bercakap seorang diri.
"Apa sebabnya harus aku diperlakukan sebegini ?" aku gelak hampir menangis bila satu persatu sebab yang tak munasabah aku ungkitkan. aku cuma kecewa.
Setelah berasa jauh berjalan, aku berpatah balik pulang ke rumah. dalam perjalanan aku cuba membuang segala perasaan marah aku. aku tak suka marah. ia menyesakkan dada aku hingga buat aku seolah tidak boleh bernafas. aku maafkan segala salah untuk siapa yang mendatangkan segala perasaan dalam diri aku pada malam itu. aku tidak ingin menyimpan dendam. aku tidak ingin menyimpan perasaan marah. aku cuba memandang dengan hati dari terlalu mengikut perasaan.
Sampai di rumah, aku lihat jam sudah hampir pukul 4. aku kemudiaannya mandi dan bersiap berpakaian kemas dan wangi untuk ke masjid. kerana masih awal, aku mengambil al-quran. betullah apa yang diperkatakan dalamnya, " tidaklah dengan mengingati Allah itu melainkan hati akan menjadi tenang ". aku menangis bukan kerana sedih. aku menangis kerana aku membaca al-quran berhelai-helai muka surat saat aku sedih sedang waktu aku gembira dan bersuka, aku cuma membacanya sehelai dua. aku menangis kerana pada satu-satu ayat itu aku berasa terkena tepat pada diri aku. aku berhenti membaca bila mendengar azan yang sayu menerjah masuk ke setiap pelusuk pekan irbid ni.
Usai solat subuh di masjid. aku terus pulang ke rumah
Ya. aku mengambil keputusan untuk berterus terang segalanya apa yang aku tahu dan apa yang aku rasa pada si pemandu kereta api yang meninggalkan aku dibelakang tanpa ada rasa bersalah. pagi itu aku memulakan pertanyaan dengan biasa-biasa saja seolah tiada apa yang berlaku dan akhirnya aku masuk pada perkara yang menjadi keutamaan aku sebenarnya. bercakap dan bercakap. aku pada akhirnya berkata bahawa aku tidak lagi marah dan sudah memaafkan lebih awal saat telah tahu apa yang berlaku. aku sedar dan aku sangat sedar tapi aku putuskan untuk memaafkan.
Bagi aku setiap orang berhak untuk peluang kedua tapi bukan untuk kesalahan yang sama. hati aku masih boleh menerima akan apa yang berlaku.
Akhirnya, buku satu telah pun aku tutup, aku bakar dan abunya aku biarkan ia ditiup angin supaya aku tidak lagi dapat mencarinya. buku kedua sedang ingin dibuka. entah siapa yang bakal tertulis di dalamnya. entah siapa yang akan bersama menulis tanpa ada khianat di mana-mana. entah siapa
Akhirnya, buku satu telah pun aku tutup, aku bakar dan abunya aku biarkan ia ditiup angin supaya aku tidak lagi dapat mencarinya. buku kedua sedang ingin dibuka. entah siapa yang bakal tertulis di dalamnya. entah siapa yang akan bersama menulis tanpa ada khianat di mana-mana. entah siapa
No comments:
Post a Comment